TARIKH 21 Oktober 2008 pastinya akan menjadi tarikh yang akan dikenang oleh Mawi dan buah hati pengarang jantungnya, Ekin

apabila segala-galanya tentang perkahwinan mereka dirungkaikan kepada pihak wartawan dan juga peminat yang menyaksikan sidang media mereka yang disiarkan menerusi saluran Awani, Astro. Menurut Mawi, jika diikutkan kata hati, mahu sahaja dia melangsungkan perkahwinan dalam suasana yang cukup sederhana.