Thursday, October 4, 2012

Kombinasi Herba Dalam Produk Al Wahida Eternity

Produk Kesihatan dan Kecantikan keluaran Syarikat Al Wahida Eternity  di usahakan oleh syarikat bumiputra dengan mendapat khidmat perunding daripada doktor perubatan iaitu Dr Abdul Razak Ibrahim MD.(UKM), MSc.BioChem.(USA). Semua produknya dihasilkan daripada kombinasi herba-herba terpilih sepertimana maklumat berikut:


1. Hoodia Gardoni :
Hoodia Gordonii adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai bahan menakjubkan yang mengawal selera, merangsang emosi anda & membantu anda kelihatan langsing. Hoodia Gordonii sebenarnya tumbuhan sukulen dari Gurun Kalahari. Ia tiada kesan sampingan yang diketahui dan mengandungi molekul P57 yang dapat membuat otak percaya bahawa perut anda sudah kenyang.

Kebaikan Hoodia Gardoni :
Mengurangkan selera makan (tidak ingat makan langsung selama lebih 24 jam!!)
Berkesan dalam mengurangkan pengambilan kalori
Memberi tenaga tambahan semulajadi dan selamat untuk di amalkan

2. Aloe Vera
Penuh dengan anti-oksidan, ia adalah satu-satunya tanaman yang mengandungi vitamin B12. Ia juga mengadungi vitamin A, C, dan E. Aloe Vera menghasilkan 20 daripada 22 asid amino yang diperlukan tubuh manusia, termasuk 7 dari 8 asid amino penting yang tubuh kita tidak boleh hasilkan sendiri. Aloe vera bertindak sebagai pencuci perut dan zat menurunkan lemak darah dalam hyperlipidaemic pesakit. Sebatian diekstrak daripada Aloe Vera telah digunakan sebagai immunostimulant yang membantu dalam memerangi kanser.

2. Bluberry
Memiliki kandungan potasium. Fungsinya mampu mengawal tekanan darah bagi penderita hipertension, mencegah berkembangnya kerosakan vaskular ginjal, glomerulus, dan tabulus. Menurunkan risiko stroke, menurunkan ekskresi kalsium urin dan menurunkan pembentukan batu ginjal. Menurunkan demineralisasi tulang (osteoporosis), menurunkan risiko aritmia ventrikular pada pesakit jantung.

Mengandungi zat besi yang dapat meningkatkan zat pembentuk darah, di sini sangat baik bagi para wanita.
Manjaga zat nitrit oksida yang membuat dinding arteri tetap fleksibel yang merupakan bahan yang dapat mencegah terjadinya penyakit jantung.

3. Strawberry
Strawberry yang kandungan lemaknya rendah, kolesterol rendah dan serat yang tinggi membuat strawberry sangat baik untuk mereka yang menderita diabetes atau ingin menurunkan berat badan.
- Strawberry sebagai penghalang tumbuhnya sel kanser dalam tubuh.
- Strawberry juga menghalang gejala stroke.
- Strawverry terdapat kandungan zat yang anti alergi dan anti radang. 
- Strawberry yand dimakan secara teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit terlihat lebih  cerah, bersih dan berkhasiat utk anti penuaan.
 - Strawberry mempunyai rasa manis ternyata memberi manfaat besar buat tubuh. Terdapat kandungan vitamin A, C, B, Kalsium, Postat, dan Magnesium yang cukup besar yang dapat berguna utk tubuh.

4. Raspberry
Buah raspberry mengandungi banyak kandungan antioksidan politenol, seperti pigmen antosianin. Selain itu, terkandung pula serat makanan dalam jumlah signifikan (20% serat per berat total), vitamin C, B1, B2, B3, asid folat serta zat besi.

5. Cranberry
Cranberry juga membantu menghalang pembiakan beberapa jenish bakteria termasuk E Coli yang dikaitkan dengan jangkitan saluran kencing pada dinding saluran berkenaan. Cranberry juga didapati membantu melindungi seseorang daripada barah payudara dan mengurangkan ulser perut selain membantu mengurangkan tahap kolesterol yang tidak baik (LDL). Cranberry secara semulajadi nya kaya dengan khasiat. Untuk satu sajian, ia hanya mengandungi tidak sampai 50 kalori namun padat dgn anti oksidan dan menyediakan khasiat penting. Ia kaya dengan khasiat seperti kalsium, magnesium, tostorus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin C, vitamin K serta serat.

6. Roselle
Kelebihan Roselle adalah :
i. Anti-penuaan (anti-aging)
Banyak saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia meminimakan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas.

ii. Pencegahan penyakit kardiovaskular
Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia. Dikenali sebagai ‘the silent killer’. Proses oksidan juga menyebabkan kolesterol LDL1 menebal di arteri2 menyebabkan berlaku kesumbatan arteri. Ini menyebabkan terjadinya penyakit arteriosklerosis3 dan trombosis4 yang membawa maut. Ia juga menjadi punca penyakit tekanan darah tinggi.

ii. Pencegahan kanser
Masyarakat yang tinggal di kawasan bandar dan industri terdedah kepada pelbagai pencemaran radiasi, makanan, air dan udara. Risiko terjadinya kanser amat tinggi. Pengambilan Roselle amat baik untuk tujuan pencegahan terutama kanser ‘gastrointestinal’. Mereka yang sering terdedah kepada asap rokok dan pencemaran udara perlu mengambil Roselle sebagai usaha pencegahan penyakit ini.

iv. Demam panas dan selsema terutama pada anak-anak kecil
Roselle cepat meredakan panas badan. Daun dan buahnya yang segar boleh dibuat penjaram5, di samping diminum sebagai jus. Rasanya yang masam-masam manis menjadi kegemaran tua dan muda, khasnya anak-anak.

v. Resdung (alergi) dan asma (lelah)
Mempercepatkan proses kesembuhan terutama bersin pagi, mata berair, hidung tersumbat serta gatal-gatal muka adalah menjadi tugas Roselle. Pengambilan bersama herba anti-histamin seperti coscinium plus menambahkan lagi kesan penyembuhan. Roselle juga dipercayai mampu menghilangkan asma serta alergi jika diamalkan berterusan.

vi. Stress atau sukar tidur (insomnia)
Stress merupakan masalah rutin masyarakat hari ini. Mereka yang stress kronik perlu mengambil 4–5 biji Roselle setiap hari sebelum tidur. Ia akan bertindak menurunkan suhu badan dan mempengaruhi mood pesakit. Bertindak sebagai ‘penenang’, ia juga mengurangkan dengkur kuat semasa tidur. Roselle juga digunakan sebagai pengubat luka, selepas pembedahan, kecederaan dan lain-lain lagi.

Kandungan Rozel:
Vitamin C kadar tinggi (tiap 100 gram Roselle mengandung 280 mg Vit. C);
Vitamin B1, B2; D, dan Niasin;
Protein 1,145 gr;
Lemak 2,61 gr;
Serat 12gr;
Kalsium 1,263 gr;
Fosfor 273.2 mg;
Zat besi 8,98 mg;
Malic Acid 3,31%;
Fruktosa 0,82%;
Sukrosa 0,24%;
Karoten 0,029%;
Tiamin 0,117 mg;
Niasin 3,765 mg; j
uga mengandung 18 asam amino yang diperlukan tubuh;
Gossypetin Anthocyanin;
Potassium,
Flavonoid.

7. Maqui
Buah Maqui ini tumbuh secara eksklusif di Patagonia Wilayah Selatan Chile dan Argentina. Rasa sedapnya, kombinasi nutrisinya yang paling kuat, tidak pernah dijumpai di mana-mana di seluruh dunia.

Khasiat Maqui
    1. Buah yang mengandungi antioksidan yang tertinggi di seluruh dunia.
    2. Menurunkan berat badan.
    3. Meninggatkan kekuatan dan daya ketahanan.
    4. Menyokong kesihatan penuaan.
    5. Meneutralkan radikal bebas.
    6. Sumber vitamin C, kalsium, besi dan kalium yang bagus.
    7. Menambahkan paras tenaga.
    8. Aktiviti anti-radang.
    9. Melindungi LDL daripada pengoksidaan.
    10. Menguatkan tulang dan sendi.
    11. Memutihkan kulit dan melindungi kulit daripada sinaran matahari.
    12. Mengurangkan tahap kolesterol buruk (LDL)
    13.Menyokong kesihatan saluran darah jantung

Antioksidan adalah bahan-bahan yang meneutralkan radikal bebas, sebatian-sebatian yang dihasilkan oleh metabolisme dan pendedahan kepada toksin dan sinaran yang membahayakan. Kerosakan radikal menyebabkan perubahan yang berlaku disebabkan oleh peningkatan usia. Ia juga akan menyebabkan keradangan, kardiovaskular dan merosakkan sistem saraf, fungsi pengimunan, serta perubahan sel-sel kanser.

Tahap aktiviti anti-oksida dalam makanan atau supplemen akan diukur oleh mata ORACnya. Semakin tinggi mata ORAC, semakin kuatlah aktiviti anti-oksidanya. Graf berikut menunjukkan kekuatan antioksidan Maqui Berry yang luar biasa berbanding dengan buah-buahan yang lain.

Kajian Saintifik telah menunjukkan tahap Anthocyanin setinggi 200% hingga 300% dan tahap Polyphenol setinggi 130% jika dibandingkan dengan kandungan wain merah. Kandungan antioksidan yang amat kuat ini memanfaatkan keseluruhan badan dengan cara melindungi sel-sel badan daripada kesan radikal bebas, mencegah tekanan bersifat pengoksidaan, menggalakkan tindak balas sihat terhadap inflamasi, dan menyokong fungsi-fungsi badan untuk tahap kesihatan penuaan optimum.

Penyelidik-penyelidik sekarang mempercayai bahawa polyphenol yang terdapat dalam wain merah mungkin merupakan sumbangan terhadap Paradoks Perancis. Campuran phenolMaqui Superberry™ mengandungi tahap antioksidan  tersebut menghalang proses pengoksidaan kolesterol LDL dan menggalakkan kesihatan jantung. polyphenol yang amat tinggi secara semula jadinya, dan ia sememangnya buah-buahan berantioksidan yang hebat untuk menyokong tahap kesihatan optimum.

KETERANGAN  JUS MAQUI
 (oleh DR AMIR Farid Ishak [MBBS (QLD, Aust), MMED (Spore), MRCOG (Inggeris)] adalah seorang perunding perubatan senior terkemuka dunia)

Berry Maqui, yang merupakan bahan utama jus ini memiliki kandungan tertinggi ORAC antioksidan (ukuran kekuatan antioksidan) dari semua jenis buah-buahan dan juga mengandungi anthocyanin dan polifenol yang amat berkesan untuk proses antioksidan dan fitonutrien. Selain itu, jus ini juga dicampur dengan 3 jenis buah-buahan yang lain iatu Blueberry, Raspbery dan Elderberry yang juga mengandungi antioksidan dan fitonutrien yang tinggi di samping jenis buah itu sendiri yang unik kerana mengandungi anthocyanin dan polifenol. Jus ini juga dicampur dengan jambu Chile, yang sememangnya kaya dengan kandungan nutrisi, dan mempunyai rasa yang enak untuk diminum.

Semua buah-buahan mengandungi kandungan nutrisi yang tinggi yang boleh membantu dalam penjagaan kesihatan badan terutamanya bagi pembentukan sel-sel dan juga kesihatan organ.Namun begitu, berry Maqui adalah yang terbaik kerana mengandungi ORAC yang tinggi berbanding buah-buahan lain seperti Acai Berry, Berry Goji (wolfberry), Manggis, Delima, Noni dan lain-lain lagi.

Gaya hidup kita pada hari ini yang banyak menggunakan tenaga boleh menyebabkan kekurangan nutrisi di dalam badan seterusnya mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Oleh itu jus ini adalah yang terbaik bagi anda untuk meningkatkan sistem imunisasi badan, melambatkan proses penuaan dan juga untuk mengelakan dan merawat pelbagai jenis penyakit seperti aterosklerosis, artritis, katarak, diabetes, hipertensi, penyakit jantung, dan stroke, Jus ini juga telah terbukti boleh merawat penyakit kanser usus dan leukemia.

Dari pengalaman kaum Indian Mapuche asli yang telah menggunakan berry Maqui secara tradisional selama berabad-abad lamanya, ianya terbukti bery Maqui dapat mengubati pelbagai penyakit sepert sakit kerongkong, cirit-birit, buasir, melahirkan, demam, tumor dan penyakit-penyakit lain. Daun Maqui juga merupakan anti-diabetes, anti inflamasi, kesan analgesik dan antimikrob.

Penyelidikan saintifik telah membuktikan bahawa Bery Maqui boleh meningkatkan imunisasi tubuh . dengan merangsang fungsi sendi dan memastikan pertumbuhan sel normal dalam usus besar, pankreas, payudara, dan organ-organ lain tanpa menyebabkan kesan sampingan kepada badan dan ketidakselesaan kepada perut.

Antioksidan adalah nutrisi yang sangat penting kerana ianya berfungsi melindungi sel-sel kita dari kerosakan radikal bebas. Setiap sel diserang oleh lebih dari 10.000 radikal bebas setiap hari, dan kita perlu antioksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan serangan ini.

Anthocyanin dan polifenol adalah antioksidan kuat yang terkandung dalam buah bewarna ungu gelap ini. Ianya sangat anti-inflamasi, mengurangkan reaksi alahan, dan juga mengurangkan pengoksidaan LDL (kolesterol jahat). Ia juga melindungi pembuluh darah dari kerosakan oksidatif, dan membantu mencegah komplikasi mikrovaskuler kepada penderita diabetes, serta masalah macrovascular yang menyebabkan serangan jantung dan stroke.

Maquiberry jus campuran Superfruit sangat berkesan. Oleh itu anda hanya perlu mengambil ½ oz atau 15ml sehari untuk memastikan bahawa anda telah mendapat dos antioksidan yang diperlukan setiap hari di samping antioksidan lain yang terkandung dalam makanan anda seperti buah-buahan & sayuran yang mengandungi banyak antioksidan dan fitonutrien.

Untuk kesihatan yang baik, anda harus minum jus Maqui Superberry sebagai sebahagian daripada suplemen kesihatan harian anda. Jika anda mempunyai beberapa masalah kesihatan, anda boleh mengambil dua kali sehari atau bahkan lebih. Biarkan jus buah yang paling kuat di dunia melindungi sel-sel anda, dan meningkatkan kesihatan anda!

Fungsi Maqui
    1.Mengandungi Resveratrol sebanyak 7 botol wain merah dalam satu
     sajian.
    2.Meningkatkan kesihatan dan melanjutkan hayat hidup.
    3.Melindungi sistem kardiovaskular.
    4.Merangsang aktiviti penyahtoksikan dalam badan.
    5.Aktiviti anti-inflamasi.
    6.Melindungi anda daripada kanser dan kekacauan
    neurodegenerative seperti Alzheimers dan Parkinsons.

8. Gamat
Gamat juga mempunyai khasiat yang tinggi dan tidak mengandungi kolestrol. Ia mengandungi lebih daripada 50 jenis nutriens seperti protein, lemak, gula, vitamin B1, B2, asid nikotinik, kalsium fosfat, zat besi, iodin, vanadium, zink, kalium, kromium, asid benzoid, kondrotin sulfat, asik mukopolisakarida. Kandungan protein dalam bentuk asid-asid amino seperti arginina, sistina dan histina adalah amat diperlukan untuk badan kita kerana merupakan asas kepada pembentukan deosiribonuekleik asid (DNA)

i. Kolagen
* Merencatkan proses penuaan,
* mengurangkan pembentukan kedutan kulit
* Mempercepatkan proses pemulihan luka
* Meningkatkan sistem imunisasi Kondroitin & Glukosamin
* Melegakan sakit akibat osteoarthiritis
* Meransang pembentukan dan pemulihan tulang rawan
* Membantu pertumbuhan tulang dan gigi

ii. Omega-3
* Merendahkan kolestrol dalam darah
* Melindungi arteri
* Mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung
* Memperbaiki kesihatan mental
Mineral-Mineral

iii. Kalsium
* Membentuk tulang dan gigi
* Memantau sistem peredaran darah
* Meregulasikan denyutan jantung
Zat Besi
* Penting dalam pengangkutan oksigen dan metabolisme
* Diperlukan untuk pembentukan sel darah merah yang sihat.

iv. Iodin
* Perlu bagi sistem tiroid untuk berfungsi dengan normal
Selenium
* Sebagai antioksidan
* Mempertahankan sel-sel badan daripada radikal-radikal bebas
* Mengelakkan kerosakkan sel
Vanadium
* Mengurangkan penghasilan kolestrol
* Terlibat dalam proses katekotamin dan metabolisme lipid serta dalam pembentukan sel-sel darah merah

v. Kronium
* Menambahkan bilangan reseptor insulin pada membran sel dan menggalakkan pelekatan insulin pada sel-sel
* Merendahkan paras gula dalam darah
* Memperbaiki masalah diabetes melitus (kencing manis)
Mukopolisakarida sulfat (sebahagian besarnya chondroitin sulfat).
* Chondroitin sulfat, yang mengandungi glucosaminoglycans (GAGs) mempunyai kesan yang baik dalam merawat osteoartritis dan lapik saluran usus. Ia juga satu komponen penting dasar membran di bawah kulit
* Glucosamine sulfat juga adalah berkesan dalam memulihkan kecederaan.
* Chondroitin sulfat adalah satu juzuk penting rawan, yang memberi struktur, menampung air dan khasiat serta membenarkan molekul lain melalui rawan – (satu sifat yang penting kerana tiada bekalan darah yang sampai ke rawan).
Kebaikan lain
* Meningkatkan sistem imun
* Merencat pertumbuhan sel-sel kanser
* Menggalakkan pertumbuhan sel

• Satu kajian di Universiti Queensland terhadap gamat menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai satu anti keradangan dan membantu dalam pembinaan semula sendi artritis.
• . Satu lagi kajian oleh Dr. Mitchell Kurk, Pengarah Perubatan Pusat Pencergasan Semula Bioperubatan di Lawrence, New York, menunjukkan satu pemulihan sebanyak 70% dalam pesakit artritis daripada penggunaan gamat.
• Saponin (glycoside pain basi), yang berstruktur sama dengan Ganoderma, ginseng dan herba tonik yang terkenal lain. Saponin mempunyai sifat anti-kanser.
• Mengandungi asid lemak sama yang terkandung dalam minyak ikan yang memberi khasiat kepada otak dan jantung, seperti EPA (asid eicosapentaenoic) dan DHA (asid docosahexaenoic) yang unik dalam ikan.
• Lectin, satu bentuk gula dengan aktiviti anti-kanser daripada Holothuria spp. Ia juga mempunyai kesan terapi terhadap HIV.

Kajian terhadap gamat menunjukkan bahawa ia mengandungi faktor tumbesaran sel yang merangsang penghasilan sel baru dan berkesan dalam memulihkan kecederaan. Ia juga berkesan dalam merawat perdarahan dalaman seperti ulser gaster dan peptik.

Dengan begitu banyak khasiat yang terkandung dalam gamat, tidak hairanlah ia dikenali dengan begitu banyak nama. Ia juga dikatakan penuh dengan kebaikan kerana ia mempunyai banyak fungsi yang memberikan kesihatan kepada pengguna. Gamat semakin terkenal kerana lebih ramai pengguna di serata dunia mula menyedari akan kebaikannya, yang bukan hanya jelas daripada banyak testimoni daripada pengguna, tetapi juga kajian kesihatan dan makmal yang dijalankan oleh penyelidik.

9. Buah Melon
Buah Melon adalah termasuk buah yang mengandung banyak air. Di dalamnya terdapat kandungan vitamin A, B dan C yang sangat tinggi. Demikian pula dengan karbohidrat dan  mineral serta proteinnya. Selain itu juga terdapat nutrisi yang terdiri dari zat besi, kalsium, fosfor maupun zat besi yang jumlah kandungannya juga cukup banyak.

Khasiat dan Manfaat Buah Melon
1. Khasiat Buah Melon Membantu menyembuhkan penyakit ginjal dan eksim.
Buah melon mempunyai daya diuretik yg sangat baik sehingga bisa membantu menyembuhkan penyakit ginjal dan penyakit eksim yang parah dan akut. Jika dikombinasikan dengan lemon,maka buah melon dapat menumpas penyakit asam urat.Jadi ada baiknya anda mengkonsumsi buah melon sehari sekali secara rutin pada pagi hari.

2. Manfaat Buah Melon sebagai Anti stroke/jantung
Melon mengandungi antikoagulan yang disebut adenosine mampu menghentikan penggumpalan sel darah yang dapat memicu timbulnya penyakit stroke atau jantung. Jadi buah melon akan membantu melancarkan darah dalam tubuh sehingga berisiko kecil timbulnya penyakit stroke atau jantung.

3. Khasiat Buah Melon sebagai Anti kanser
Buah melon mengandung karotenoid yang tinggi sehingga buah ini dapat mencegah kanser dan juga menurunkan resiko serangan kanser paru-paru. Buah melon dapat mencegah serta membunuh bibit-bibit kanser yang akan menyerang tubuh kita. Jadi usahakan mengkonsumsi melon agar terhindar dari penyakit kanser.

4. Khasiat Buah Melon untuk Meredakan panas dalam.
Kadar air pada buah melon mencapai 95%,sehingga memberi efek menyejukkan.Dari itu,buah melon dapat bermanfaat untuk meredakan panas dalam badan.

5. Manfaat Buah Melon untuk Menjaga kesihatan kulit
Buah melon mengandung kolagen yakni senyawa protein yg mempengaruhi integritas struktur sel di semua jaringan ikat seperti kulit. Kolagen juga berfungsi utk mempercepat penyembuhan luka dan menjaga ketegangan kulit .Jika anda sering makan buah melon berarti kulit tidak akan kasar dan kering.

6. Manfaat Buah Melon untuk Melancarkan Proses Buang Air Besar
Buah melon dapat melancarkan BAB (baung air besar) bila kita mengalami masalah pencernaan maka makanlah melon agar dapat mudah dan lancar buang air besar. Kandungan air yang ada dalam buah melon sangat baik untuk melancarkan pencernaan. Kandungan mineral ini mampu menghilangkan keasaman tubuh yang perlu dihilangkan karena dapat mengganggu pencernaan, khususnya pada organ lambung.

10. ACAI BERRY
1: Acai Mengurangkan Tindakan Penuaan - kerana ia mengandungi anti-oksidan yang kuat dan zat-zat pemulihan yang membantu sel-sel bertugas secara optimum.

2: Acai Membantu Anda Tidur Dengan Lebih Nyenyak - kerana jus ini mengandungi khasiat seperti vitamin B dan lain-lain, Acai dapat mengurangkan tahap stres anda dan membantu komunikasi di antara sel-sel otak. Ini dapat dilakukan kerana Acai membantu menghasilkan penghantar-neuro, di antaranya serotonin dan dopamine.
 
3: Acai Meningkatkan Tahap Tenaga Anda - kerana Jus Acai mengandungi pelbagai zat terutamanya lipids yang bertanggungjawab meningkatkan tahap tenaga anda. 

4: Acai Mengurangkan Kolesterol Yang Tinggi - Acai mengandungi EFAs iaitu asid lemak penting. Asid-asid ini mengekal kolesterol ‘baik’ (iaitu kolesterol HDL) dan dalam masa yang sama ia mengurangkan tahap kolesterol yang ‘jahat’ (iaitu kolesterol LDL). Kedua-dua tindakan ini, yang dilakukan oleh EFA, akan menghasilkan pengaliran darah yang lebih lancar untuk badan anda.

5: Acai Memulihkan Kesihatan Seks Anda! - Acai mempunyai sifat-sifat antioksidan dan antikerengsaan dan dapat memulihkan kemandulan yang disebabkan oleh pencemaran, stress dan faktor-faktor yang dikaitkan dengan radikal bebas.

6: Acai Membantu Mengurangkan Berat Badan Anda - Sekiranya anda sedang dalam usaha untuk mengurangkan berat badan anda, Monavie sangat berguna untuk anda! Dengan meminum Monavie, anda akan mudah mengurangkan berat badan anda kerana Acai melambatkan rasa lapar dan membantu mengawal selera anda. Ini kerana Acai memiliki indeks glisemik yang rendah.

7. Acai Membantu Mengurangkan Tahap Stres Anda - Acai sangat-sangat membantu anda dalam mengatasi masalah stress anda kerana Acai dapat mengatur/menyesuaikan tahap stress dalam badan anda dan kemudian membaikinya.

8: Acai Memudahkan Pusingan Haid Wanita - Berita baik untuk wanita! Terutamanya untuk wanita yang sentiasa mengalami kesakitan setiap bulan. Acai kaya dengan kalsium dan ini membantu memudahkan dan mengurangkan sakit perut dan kekejangan.

9: Acai Membantu Anda Melawan Kedutan - Acai mengandungi ‘phytisterols’ dan ‘anthocyanins’ yang sangat tinggi dan amat baik untuk melindungi kolagen (dan lain-lain tisu penghubung). Anda akan dilindungi dari kedutan pramasa.

10: Acai Menguatkan Gigi - Selain dari membantu mengurangkan sakit perut dan kekejangan, kandungan kalsium dalam Acai juga membantu menguatkan gigi anda, menjadikan senyuman anda lebih menarik dan mengelakkan penyakit-penyakit gusi.

11: Acai Dan Penglihatan Anda! - Jus Acai memulihkan penglihatan anda dan mengurangkan komplikasi penglihatan untuk pesakit kencing manis. Ini dibolehkan oleh kandungan vitamin C dan beta-kerotin dalam Acai.

12: Acai Membantu Tona/Warna Kulit Anda - Kandungan ‘phytosterols’ membantu mengurangkan warna kusam kulit anda dan memulihkan tona warna kulit anda.

13: Acai Melindungi Salur Darah - Dengan meminum jus Acai anda akan melindungi arteri, kapilari, pembuluh darah dan saluran darah. Acai mengandungi ‘anthocyanins’ yang akan membolehkan ini berlaku.

14: Acai Akan Memulihkan Ketahanan Terhadap Penyakit - Oleh kerana Acai mengandungi pelbagai zat, monavie membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan penolakan terhadap pelbagai jenis penyakit.

15: Acai Memulihkan Lipid Dan Glukos  - Acai mempunyai indeks glisemik yang rendah dan ini dapat memulihkan kedua-dua tahap lipid dan glukos.

16: Acai Menyahtoksin Dan Membersihkan Badan Anda - Selama ini, Acai telah digunakan untuk mengeluarkan toksin dari badan manusia.

17: Acai Dapat Membantu Menyembuhkan Ulser - Sifat Acai yang anti-bakteria membolehkannya menusnahkan kulat, bakteria serta parasit yang menyebabkan ulser.

18: Acai Boleh Mengurangkan Risiko Penyakit Alzheimer (Nyanyuk) - Satu kajian yang telah dijalankan pada tahun 2004 (terdapat dalam Arkib Neurologi), orang yang meminum Acai telah mengurangkan risiko penyakit Alzheimer kerana kandungan vitamin E dan C dalam Acai yang tinggi.

19: Acai Sangat-Sangat Membantu Mengurangkan Penyakit Tulang Rapuh (Osteoporosis)

Kandungan kalsium Acai yang tinggi dapat menghindarkan penyakit osteoporosis.

20: Acai Melawan Penyakit BPH (Pembesaran Prostate – Kelenjar Di Sekitar Pundi Kencing Lelaki)
 Acai dapat melawan BPH (benign prostate hyperplasia) atau lebih dikenali sebagai pembesaran/pembengkakan kelenjar prostate.

21: Acai Membantu Menghalang ‘Retinopathy’
Acai adalah berita baik untuk pesakit kencing manis (diabetes) kerana ia membantu menguatkan kapilari darah yang telah lemah yang menyebabkan ‘retinopathy’. Penyakit ini mungkin menyebabkan seseorang menjadi buta.

22: Acai Dapat Mengelakkan Punca-Punca Penyakit Jantung
Acai mengandungi agen pelindung jantung yang kuat iaitu sejenis antioksidan dikenali sebagai ‘polyphenols’. Penghasilan nitrik oksida dibantu oleh ‘anthocyanin’. Nitrik oksida ini membantu menenangkan dan membesarkan dinding salur darah. Ini dapat mengurangkan stres terhadap jantung anda. Ini dapat meningkatkan pengaliran darah dan risiko salur darah tersumbat akan dikurangkan.

 23: ‘Sterol’ Tumbuhan Dalam Acai Dapat Membantu Mengurangkan Tekanan Darah
 ‘Sterol’ memberikan banyak kebaikan untuk badan anda. Ia adalah membran sel tumbuhan yang selalu digunakan dalam rawatan berkaitan dengan tekanan darah.

24: Acai Membantu Melegakan Tanda-Tanda Penyakit Asma.
 Acai dapat memulihkan tanda-tanda penyakit asma kerana ia mengandungi banyak vitamin C iaitu sejenis antioksidan yang kuat. Vitamin C mengandungi ciri-ciri anti-kerengsaan yang dapat melegakan tanda-tanda asma.

25: Acai Membantu Melegakan Tanda-Tanda Penyakit Crohn
 Sifat anti-kerengsaannya yang tinggi dapat menghalang kelemahan penyerapan zat-zat yang penting untuk badan. Oleh itu, Acai dapat membantu mengelakkan kerosakan dinding usus kecil.

26: Acai Membantu Meredakan Kesakitan Disebabkan Oleh Atritis (Penyakit Sendi)
 Sifat anti-kerengsaan yang terdapat dalam Acai dapat membantu meredakan sakit yang disebabkan oleh penyakit sendi.

 27: Acai Penghalang Radikal Bebas Dari Merosakkan Sistem Pertahanan (Imun) Badan
 Pengoksidaan (kerosakan disebabkan radikal bebas) adalah salah satu sebab utama kelemahan sistem ketahanan. Acai melawan ini dari berlaku dengan menguatkan sistem ketahanan badan.

28: Acai Bertindak Sebagai Astringen
 Astringen ialah bahan yang mengecutkan dan menguatkan tisu badan seperti kulit. Astringen digunakan untuk menghentikan pendarahan disebabkan luka kecil dan menyegarkan kulit.

29: Acai Melawan Kanser
 Acai menghalang dan mengurangkan risiko kanser. Acai melawan kanser payudara, kulit, perut dan paru-paru dengan cara meneutralkan radikal bebas sebelum mereka memudaratkan sel-sel.

30: Acai Mengatasi Refluks Asid
 Kandungan anti-oksidan membolehkan Acai melindungi dan memulihkan esofagus yang dimusnahkan oleh penyakit refluks asid (GERD). Acai juga mengurangkan keasidan kandungan isiperut semasa refluks berlaku. Ini kerana Acai mengandungi kesan penahan.

31: Acai Menguatkan Badan Anda
 Aca mengandungi protin yang lebih banyak dari telur dan membolehkannya membantu badan anda menjadi kuat.

32: Acai Meningkatkan Pengecutan Dan Pembinaan Otot
 Acai mengandungi campuran galian dan asid amino yang membolehkannya membantu otot mengecut dan membina semula otot selepas aktiviti yang memenatkan.

33: Acai Memulihkan Fungsi Sel Imunisasi.
 Menurut kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Perubatan Sukan, Acai memulihkan fungsi sel imunisasi dengan cara mengubahsuaikan limfosit dan menghalang penahanan imunisasi ‘beta-sitosterol’ yang terdapat di dalamnya.

34: Acai Bertindak Sebagai Anti-Mutasi
 Acai membantu menghalang kerosakan struktur DNA dan mengurangkan risiko disebabkan oleh mutasi gen.

35: Acai Melawan Virus
 Acai mengurangkan kekerapan jangkitan penyakit disebabkan oleh jangkitan virus, kulat dan bakteria.

 36: Acai Memulihkan Pencernaan
 Serat dalam Acai membantu usus besar dan sistem pencernaan.

37: Acai Memberikan Minda Yang Lebih Jelas
 Acai membantu kepekaan dan fungsi mental dengan omega-3 dalam kandungannya.

38: Acai Membantu Kesihatan Secara Keseluruhan
 Dengan antioksidannya yang kuat Acai membantu membina dan memulihkan badan anda.

39: Acai Membantu Kesinambungan Badan Kita
 Acai membantu dalam perlindungan keseluruhan badan kita

 11. Khasiat Aprikot
 Bagaimana Aprikot Mencegah Dan Merawat Kanser?
 Dalam terapi metabolik, apabila vitamin B17 bertemu dengan sel kanser, enzim betaglucosidase yang hanya terdapat dalam sel kanser akan menguraikan elemen vitamin B17 seterusnya membunuh sel kanser.

Vitamin B17 yang berlebihan juga akan ditukar kepada elemen-elemen positif oleh enzim Rhodanese yang terdapat dalam tubuh badan untuk kesihatan sel-sel dan membantu mengurangkan keasidan serta toksin dalam darah.

Dengan itu, ia membantu meningkatkan keseimbangan pH dalam tubuh serta memperlahankan penyebaran kanser, mengurangkan kandungan kolestrol dan membantu merawat penyakit jantung serta diabetis.

“Vitamin B17 yang terdapat dalam aprikot bukan sahaja diperkatakan di Malaysia, malah manfaatnya diakui seluruh dunia berdasarkan kajian saintifik dan klinikal,” katanya.

Tugas B17 ini hanyalah memusnahkan sel asing dan mengeluarkannya melalui pembuangan air.  Vitamin B17 dapat diperolehi didalam beratus-ratus jenis tumbuhan . Dalam diet pemakanan kita harus ada B17. Jika tiada B17 dalam diet pemakanan anda boleh di hidapi penyakit kanser. Selain dari biji apricot (Apricot Kernels) B17 juga boleh di perolehi dari badam pahit (amigdalin mempunyai rasa pahit) , epal pips, benih-benih anggur, sekuang, buah beri, ubi kayu, biji buah oren dan biji benih yang lain.

B17 akan hanya bertindak balas pada sel yang tidak normal dalam badan manusia termasuk sel kanser, tumor, jerawat atau pun buasir. Enzim yang terdapat dalam sel kanser dapat membuka kunci amygdalin maka terhasillah tindakbalas metabolik badan yang berkanser dan cyanide tersebut memasuki aliran darah.

Kebiasaan sistem pertahanan tubuh mampu menghalang dan menghapuskan sel kanser ini tetapi semasa berlaku stress atau sakit, maka sistem pertahanan tidak berupaya melawan sel-sel kanser ini. Terdapat banyak cara yang anda boleh gunakan untuk melawan kanser. Salah satu ialah dengan cara membina sistem imun supaya ia menjadi sangat kuat dan dapat melindungi anda dari kanser. Satu lagi adalah menggunakan supplement with antioxidants yang dapat melawan carcinogens dalam badan anda. Bagaimanapun, B17 menggunakan cara yang sangat unik. iaitu secara langsung menyerang sel kanser ( directly attacks cancer cells). Maka hasilnya jauh lebih baik dari cara yang telah saya sebut di atas.

Oleh itu biji aprikot merupakan penyumbang B17 paling baik untuk membina sistem imun manusia.

12. Flaxseed
 Flaxseed oil kaya dengan alpha-linolenic Acid (ALA), asid ini penting untuk membantu mengurangkan sakit jantung. ALA ini adalah berada dalam kumpulan yang sama dengan asid lemak omega-3.

Flaxseed oil baik untuk jantung sebab ia kaya dengan sumber asid alpha-linolenic. Flaxseed itu sendiri mengandungi lignans, yang mana mempunyai tindakbalas antioxida dan mungkin dapat melindung daripada sesetengah kanser.

Kelebihan Mengambil Faxseed:
i. Mengurangkan kolestrol, dapat melawan serangan sakit jantung dan mengawal tekanan darah. Beberapa kajian mengenalpasti yang flaxseed oil dapat merendahkan kadar kolestrol dengan demikian mengurangkan serangan jantung. Flaxseed oil mungkin dapat melindungi daripada kesan sakit dada dan tekanan darah tinggi. Kajian 5 tahun telah dilakukan di Boston's Simmons College dan menemui yang flaxseed oil berguna dalam menentang kemungkinan serangan jantung kali kedua. Ia juga menolong mengurangkan tekanan darah tinggi yang berpunca daripada tekanan emosi.

ii. Melawan pembekakkan disebabkan gout. Asid lemak omega-3 akan mengurangkan pembekakkan itu.

iii. Mengurangkan risiko kanser. Lignan yang terdapat dalam flexseed adalah berperanan melindungi badan daripada dihinggapi kanser buah dada, kolon, prostat, dan mungkin kulit. Dalam satu kajian, kanser prostat seorang pesakit yang mengambil 3 sudu makan flaxseed setiap hari dalam pemakanannya, menjadikan sel tumor kurang membiak dan sel tumor mati semakin banyak berbanding dengan lelaki yang tidak mengikuti pemakanan sedemikian, selepas 5 minggu.

Selain itu khasiat Flaxseed Oil ialah:
Mengurangkan paras kolesterol
Mengurangkan CD simptom yg menyebabkan radang usus
Arthritis (Sendi)
Mengurangkan depression (tekanan)
Merawat masalah jerawat
Mengurangkan masalah asma
Mengurangkan kesakitan ketika haid
Merawat pelbagai kondisi termasuk ulser, migrain, jangkitan kutu, glaucoma, penyakit kulit dan gemuruh.

13. Chlorella
Chlorella mengandungi sumber tertinggi klorofil. klorofil membantu dalam pencegahan penyebaran kanser dengan meningkatkan pengambilan oksigen, oleh itu menggalakkan pembiakkan sel2 darah. Ia juga menguatkan fungsi hati dan meningkatkan keupayaan untuk menghapuskan kulat, bakteria dan racun. Kandungan nutrien yang tinggi boleh membantu untuk mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit seperti masalah yis faraj, alahan, anemia, asma, radang paru2, kemurungan, ketidakseimbangan hormon, gout, artritis, tekanan darah tinggi, kolesterol, ulser, kencing manis dan penyakit degeneratif yang di kaitkan dengan penuaan.

Chlorella juga dapat membantu penghadaman dan serapan makanan. Diet yang kaya dengan daging dan lemak, tekanan dan pencemaran memberi kesan asidik terhadap darah dan menyumbang kepada masalah kesihatan. Sebagai salah satu makanan yang paling alkali, chlorella mempunyai keupayaan untuk mengimbangi tahap pH dengan meneutralkan badan menjadi kurang asidik kepada sedikit beralkali.

chlorella di katakan dapat merangsang sistem imun dan sebagai makanan tenaga untuk mencegah dan menghalang penyebaran kanser, dengan menyediakan semua nutrien yang di perlukan untuk menjalani kehidupan

14. Spirulina
Spirulina organik dikenali sebagai makanan lengkap kerana ia mengandungi hampir semua jenis nutrien. Ia juga kaya dengan sumber protein yang senang dicernakan, selain mengandungi klorofil, karotenoid, mineral, asid gama linolenik (GLA) dan pigmen tumbuhan yang unik.

Protein diperlukan untuk membina dan membaiki otot dan tisu. Ia juga digunakan sebagai sumber tenaga ketika latihan atau senaman yang memerlukan daya ketahanan. GLA penting untuk pelbagai jenis masalah kesihatan seperti ekzema atopik, sensitiviti hormon dan masalah inflamasi.

Spirulina organik mengandungi vitamin dan mineral yang bermanfaat seperti vitamin B dan mineral seperti zat besi, kalsium dan magnesium yang penting untuk metabolisme tenaga, fungsi aktiviti enzim yang normal, kesihatan sistem saraf serta pengecutan dan pengenduran otot untuk mengekalkan fungsi yang normal.

Spirulina juga membantu menampung keperluan mineral penting seperti magnesium, kromium dan vitamin B12 dan mungkin juga bermanfaat untuk membantu memperbaiki penggunaan glukosa di kalangan pesakit diabetes.

 Di samping itu, spirulina membantu membekalkan zat besi, magnesium dan mineral mikro kepada mereka yang mengalami kekurangan zat besi.

Untuk mereka yang sedang pulih daripada pembedahan ataupun kecederaan. Spirulina membantu memperbaiki sel dan dan mungkin memberi faedah kepada proses pemulihan.

15. Alfalfa
Alfalfa adalah tumbuhan kekacang yang berakar panjang yang boleh menyerap banyak zat makanan yang jauh ke dalam tanah. Ia sangat kaya dengan vitamin yang penting seperti Thiamin (B1), Riboflavin (B2), Niasin (B3), Piridoksin (B6), vitamin A, E dan asid pantotenik.

Mineral yang ditemui dalam Alfalfa ialah kalsium, besi, mangan, magnesium, kuprum dan zink. Khasiat Alfalfa Kajian makmal telah mendapati Alfalfa mengandungi 3% asid aspartik yang berfungsi untuk, Menyah amonia, Menolong melindungi sistem saraf pusat, merawat keletihan dan meningkatkan stamina.

Ia juga mengandungi 1.4% lysin dan 1% arginine yang fungsinya untuk, Menguatkan imuniti badan, melawan penyakit kanser dengan menghalang pertumbuhan tumor, membina otot dan membakar lemak dengan merangsang glan pituari untuk meningkatkat pengeluaran hormon, menolong menyembuhkan kecerderaan luka, meningkatkan kandungan seperma dan menyuci hati dan membuang racun dalam badan kita.

Ia bukan sahaja mengandungi 8 asid amino yang diperlukan tetapi juga sumber yang kaya dengan vitamin A,B12, D dan K.Dengan nilai kesihatan dan khasiatnya yang tinggi, Alfalfa juga dikenali sebagai "Bapa Segala Makanan". Khasiat semula jadi Alfalfa diperolehi daripada kekacang alfalfa asli yang ditanam menggunakan hanya keadah pertanian organik.

Baik Untuk Penyakit Berikut:
 1. Kencing Manis
 2. Darah Tinggi
 3. Jantung
 4. Sembelit
 5. Cuci Usus dan membuang toksid dalam badan
 6. Badan lemah
 7. Tingkat stamina lelaki dan seks

16. Buah Delima
Mengandungi:
 potassium
 fosfor
 kalsium
 zat besi
 sodium
 vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C.
 
Bertindakbalas bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga denyutan jantung agar tetap normal.

khasiat buah delima:
Membaikpulih fungsi hati dan limpa
Mencuci buah pinggang dan salur kencing
Membantu penghadaman
Membuang lemak-lemak berlebihan
Menambah tenaga
Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
Mencantikan kulit
Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah
Mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi


17. Buah Kurma
Dalam setiap 100g kurma kering terkandung:
Vitamin A 50 IU
Tiamin 0,09 mg
Riboflavin 0,10 mg
Niasin 2,20 mg
Kalium 666 mg

Zat-zat itu berfungsi membantu melepaskan energi, menjaga kulit dan saraf agar tetap sehat serta penting untuk fungsi jantung.


Kajian Terhadap Buah Kurma 
 1. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung Dari Segi Perubatan, Fiqhiyah dan Perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat:
menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran
memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan
membantu memudahkan proses kelahiran bayi
mengurangkan tumpah darah
menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

2. Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah:
Sembelit
lemah otot 
sengal-sengal badan
Lesu
barah usus besar
merangsangkan selera makan
menguatkan ingatan dan melawaskan

3. Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu:
memanaskan badan
mencergaskan otak dan tubuh badan serta minda
membantu tumbesaran kanak-kanak
membantu melicinkan perjalanan darah
menghindari dari penyakit barah
merawat buah pinggang dan mencuci hati
mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

18. Buah Zaitun
Kajian Terhadap Buah Zaitun
1. Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public Health" dan "Athens School of Public Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara.

Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser.

2. Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon.

3. Kajian yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon.

4. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari "Institute of Health Science" membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China.
Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi.

5. Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah.
Menurut kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu.

6. Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko.

7. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

19. Buah Anggur
Buah anggur mengandungi:
Vitamin C 
Vitamin A
Vitamin B1
Vitamin B2
Vitamin E
80 peratus air
Kalium phytonutrien (bahan aktif dipercayai melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung)
Mempunyal kalori yang rendah.

Khasiat Buah Anggur
Mencegah osteoporosis
Melawan virus dan infeksi kuman
Membantu mencegah kanser prostat
Membantu fungsi ginjal
Menurunkan kadar kolesterol
Kurangkan risiko serangan jantung
Mengatasi masalah sembelit
Memelihara buah pinggang supaya sihat
Merawat kanser payu dara
Mencegah Alzheimer
Mencegah jangkitan kuman atau virus
Mengurangkan risiko kanser

20. Buah Goji
Para saintis telah menemui Goji sebagai buah yang mengandungi polisakarida bioaktif yang paling tinggi dan lebih aktif berbanding dengan tumbuhan yang pernah mereka temui sebelum ini.
Goji mengandungi:
1. 19 amino asid termasuk 8 yang diperlukan untuk hidup
2. 21 unsur mineral termasuk germanium, unsur mineral anti kanser yang jarang-jarang ditemui dalam makanan
3. 16% protein (6 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan bee pollen)
4. Spektrum yang lengkap dengan antioksida Karotenoid , termasuk Beta-Karoten ( sumber yang lebih baik meskipun karot)
5. Zeaxanthin dan Lutein melindungi mata dan membaiki penglihatan.
- Buah Goji paling kaya dengan sumber karotenoid berbanding dengan semua jenis makanan yang ada  Vitamin C (500 kali ganda berbanding buah oren)
6. Vitamin B Komplex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga
7. Vitamin E , jarang-jarang ditemui dalam buah dan selalunya hanya ditemui dalam bijian dan benih
8. Beta-Sitosterol, dikenali sebagai agen anti-radang.
9. Beta-Sitosterol juga merendahkan kolestrol dan digunakan untuk merawat masalah seksual mati pucuk dan masalah zakar yang membesar.
10.Essential Fatty Acids, diperlukan oleh tubuh untuk mengeluarkan hormon-hormon, dan melicinkan fungsi otak dan sistem saraf
11.Cyperone, memberi faedah kepada jantung dan merendahkan tekanan darah, melegakan ketidakselesaan ketika haid dan digunakan dalam rawatan kanser servik
12.Solavetivone , sebatian anti-bakteria dan anti-kulat yang kuat
13.Physalin, sebatian semulajadi yang aktif terhadap semua jenis leukemia, juga digunakan dalam rawatan Hepatitis B di samping meningkatkan sistem imunisasi.
14.Betaine, digunakan oleh hati untuk mengeluarkan choline, sebatian yang mententeramkan ketakutan, meningkatkan memori, meningkatkan pertumbuhan otot dan melindungi penyakit hati berlemak (fatty liver). Betaine juga menyediakan kumpulan methyl dalam tindak balas tenaga dan boleh membantu mengurangkan paras homocysteine, iaitu faktor risiko utama dalam penyakit jantung. Ianya juga melindungi DNA.
15.Polysaccharides: LBP (Lycium Barbarum Polysaccharides) terbukti sebagai glykokonjugat, bermaksud merupakan sumber sel gula yang perlu ( essential cell sugars) yang luar biasa (Mannose, Xylose, Rhamnose, Glucose, Arabinose dan Galactose) yang perlu untuk fungsi imunisasi yang sempurna dan komunikasi intersellular.

Hakikatnya, GOJI mungkin merupakan sumber glykonutrien yang terkaya pernah ditemui! 

21. Madu Lebah
1. Firman Allah dalam surah an-Nahl: “Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.”(Surah An-NAhl: 69)

2. Rasulullaah SAW, bersabda : “Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti.

Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri.

KEBAIKAN DAN KHASIAT MADU
1. Menjadikan rambut dan mata lebih sihat dan bersinar.
2. Membantu penglihatan supaya lebih terang dan jelas.
3. Mempercepatkan proses penyembuhan kecederaan kulit apabila disapukan dan melindungi daripada jangkitan kuman.
4. Menjadikan kulit lebih sihat, halus dan kelihatan lebih muda. Pengambilan madu boleh mencapai kesan kecantikan secara semula jadi tanpa memudaratkan badan.
5. Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan.
6. Memudahkan pergerakan usus semasa membuang air.
7. Mujarab untuk melegakan batuk yang berpanjangan.
8. Menguatkan pernafasan dan mengurangkan asma atau lelah.
9. Menguatkan badan wanita mengandung.
10.Tidak seperti sesetengah ubat-ubatan yang tidak boleh diambil ketika mengandung, madu adalah makanan tenaga semula jadi yang sesuai untuk ibu mengandung.
11.Sumber gula alternatif yang semula jadi untuk pesakit buah pinggang dan kencing manis. Penggunaan madu berterusan boleh mengawal kandungan gula dalam darah.
12.Mengembalikan tenaga selepas kedatangan haid atau selepas cirit-birit yang berterusan.
13.Memberi tenaga sepanjang hari dan mengurangkan pengambilan lemak.
14.Kaya dengan zat mineral dan gula semula jadi yang mudah dihadam.
15.Memudahkan serapan kalsium dalam badan.
16.Pelawas semulajadi yang sesuai untuk apa jua keadaan
18.Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
19.Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi
20.Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
21.Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer.
22.Sumber laxative yang natural dan lembut
23.Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
24.Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan.
25.Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima, yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis dan terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti.

22. Manna
"Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu "manna" dan "salwa". Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu; dan tidaklah mereka menganiaya Kami akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri". Petikan Surah Al Baqarah Ayat 57'

Menurut riwayat lbnul Mundzir dan Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas pula, beliau berkata bahawa “‘Manna’ adalah suatu makanan manis, berwarna putih yang biasanya melekat pada batu-batu dan daun-daun kayu. Rasanya manis dan enak; semanis madu, sehingga ada penafsir yang memberinya erti madu.
Apabila makanan itu di makan, maka yang memakannya akan merasa kenyang.”

Manna dikenali juga sebagai Arabic Gum merupakan makanan yang banyak terdapat di Sudan dan ianya telah memberi banyak manfaat kepada ramai orang dalam menangani penyakit masakini.

Khasiat Manna
1. Manna mengandungi banyak serat atau fiber yang mana ianya membantu mengurangkan gas dalam badan. 
2. Manna juga menggalakan pembiakan bakteria sihat di dalam perut dan bakteria sihat ini akan mencegah kanser kolon, sembelit dan
Cirit  birit.
3. Diet yang kaya dengan serat seperti pengambilan Manna juga dapat membantu tubuh melawan penyakit kencing manis dan penyakit jantung.
4. Manna juga dapat memberi rasa kenyang berpanjangan kepada sesiapa yang memakannya.
5. Selain memberikan khasiat diatas, dalam formula Biodelima ini Manna berfungsi sebagai bahan 'pengikat'  kepada bahan-bahan lain 

23. Air Zam-zam 
Air Zam-zam adalah air yang terbaik di atas muka bumi yang dikurniakan oleh Allah kepada hambanya untuk pelbagai kegunaan.

Dengan kombinasi pelbagai zat, bahan dan vitamin yang terkandung dalam 6 jenis buah-buahan, madu dan air zam-zam yang dikurniakan oleh Allah bersama dengan madu yang juga berasal daripada tumbuh-tumbuhan serta diperkayakan lagi dengan zat air yang paling mulia diatas muka bumi ini, maka dengan izin Allah juga, bahan-bahan tersebut amat berguna dan diperlukan oleh badan untuk mengekalkan kesihatan dan merawat masaalah kesihatan.


NOTA:
Bagi sdr/sdri yang berhajat mendapatkan Jus BioDelima bolehlah rujuk maklumat di sebelah kanan