Wednesday, January 7, 2009

Mingguan Pesona - Abby bersalin September

Meski pun hamil enam bulan, Abby kelihatan kekal menawan persis Marilyn kala dia muncul pada demonstrasi produk kecantikan di Mid Valley baru-baru ini.
Abby sebelum ini pernah menyuarakan keinginan untuk menambah cahaya mata. Kini saat gembira yang dihajat itu sudah dimakbul Tuhan. Alhamdulillah!

Abby yang juga ibu kepada sepasang cahaya mata comel iaitu Mohd. Danish Hakim, 4, dan Marisa Dania Hakim,3, sekarang sedang menghadapi detik-detik penuh kemanisan menanti kemunculan orang baru dalam keluarganya.