31 OKT 2008: Isteri kepada pelakon Norman Hakim, Abby Abadi atau Arbaieyah Abdul Manan, 30, berkata bahawa hatinya hancur berkecai selepas mengetahui kesahihan berita Norman dan Memey ditangkap khalwat daripada mulut suaminya itu sendiri.

Ketika dihubungi, Abby berkata dia mengetahui Norman ditangkap kerana disyaki berkhalwat apabila menerima kiriman SMS daripada seseorang.
"Selepas membacanya, saya terus menghubungi Norman untuk mengetahui kebenaran cerita itu. Norman beritahu ia benar dan ingin berjumpa saya. Walaupun hati saya hancur berkecai dengan pengakuan Norman, sebagai isteri saya menemuinya untuk memberi sokongan.
Lagi kisah abby >> 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13