Friday, April 2, 2010

Pelawak Din Beramboi Atau Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, Meninggal Dunia

2 Mac, 2010

Setelah beberapa hari dirawat di hospital Selayang, pelawak Din atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, Beramboi telah meninggal dunia pukul 12.30 malam tadi di hospital Selayang, kerana serangan denggi berdarah.

Jenazah allahyarham selamat dikebumikan pukul 10.40 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan di sini hari ini.Lebih 100 orang sanak-saudara dan sahabat-handai termasuk peminat Allahyarham hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah.

Din meninggalkan isteri bernama Suhaini Che Man dan tiga orang anak, iaitu Nil Aina Adibah, 18, Mior Shafiq, 12, Nir Aina Syuhada,6.

Antara rakan artis yang hadir termasuk Aznil Nawawi, Azwan Ali, Faizal Ismail, Diana Danielle dan Zul Yahya.
Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Legong, Taman Ehsan, Kepong, pagi tadi. Foto BERNAMA

Mengimbau kembali siapa Din Beramboi, saya teringat diera tahun 1980 dan 1990han, beliau sangat aktif dalam bidang penulisan kartun. Jika tidak salah ingatan saya, sebuah komek diterbitkan atas nama Din Beramboi.Ia amat digilai oleh para remaja dan juga golongan dewasa. Hasilkaryanya bersahaja tetapi penuh dengan mesej yang positif.

Selain menerbitkan komik siri Din Beramboi, beliau bersama-sama rakan-rakannya juga ada menerbitkan sitcom berkala melalui CD pada setiap menjelang hariraya Aidilfitri.

Dengan kembalinya beliau, kita kehilangan seorang lagi insan seni yang sentiasa memberikan komitmen terbaiknya untuk masyarakat.

Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmatNya keatas roh beliau.